03 Disember 2012

MUSNAH BAHASA, PUNAHLAH BANGSA





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Selamat datang saya ucapkan kepada para pembaca blog ini. Blog ini dihasilkan dengan tujuan untuk berkongsi segala bahan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah menengah terutama bagi bakal calon yang akan berjuang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebagai pembuka wacana, saya ingin membuka mata hati dan minda kita yang selama ini celik tapi buta akan keindahan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda kita sejak berzaman yang lalu. Slogan 'BAHASA JIWA BANGSA' kini semakin terpinggir dalam diri setiap masyarakat khususnya bangsa Melayu. Masalah kecelaruan bahasa baik dalam pertuturan mahupun penulisan kini sering menjadi isu polemik dalam kalangan penggiat bahasa. Rujuk http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1287

Senario ini semakin hari semakin membarah apabila kita dapat melihat kedangkalan penggunaan bahasa Melayu di merata-rata tempat khususnya pada papan tanda dan kain rentang yang menjadi tatapan orang awam. Hal ini jika dibiarkan akan mengundang kekeliruan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Saya paparkan salah satu kain rentang yang mengandungi kesalahan bahasa yang sangat ketara sehingga boleh menimbulkan seribu satu persoalan. Saya sertakan analisis kesalahan  bahasa yang terdapat pada kain rentang tersebut untuk kefahaman para pembaca.

Apakah kesalahan bahasa yang dapat dikesan?
Pertama, sedar atau tidak kita sering terbaca iklan yang menggunakan istilah 'jawatan kosong' untuk mencari pekerja baharu bagi organisasi mereka. Namun, istilah ini adalah salah dari segi bahasa kerana jawatan kosong bermaksud jawatan bagi kosong. Apakah bentuk pekerjaan kosong itu? Apakah tugas-tugas yang perlu dilaksanakan bagi pekerja yang memegang jawatan kosong? Pelbagai persoalan akan berlegar-legar di minda sekiranya kita memahami dengan jelas maksud jawatan kosong tersebut. Masyarakat seharusnya membiasakan diri untuk bertutur dengan betul menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa pertuturan akan memberi impak yang besar kepada bahasa penulisan mereka. Istilah yang tepat bagi kesalahan di atas ialah 'Kekosongan jawatan' yang menggambarkan keperluan pekerja baharu bagi sesuatu jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.

Kedua, apakah yang anda bayangkan apabila membaca frasa 'penjual gadis' di atas? Pelik dan jelik bukan? Kesalahan ini dilakukan kerana penulis menterjemahkan secara langsung perkataan bahasa Iggeris iaitu sales girl kepada bahasa Melayu tanpa mengambil kira maksud sebenar frasa tersebut. Masalah ini sering terjadi kerana susunan frasa bagi bahasa Inggeris adalah songsang dan jika diterjemahkan secara langsung akan menimbulkan kekeliruan atau membawa maksud yang salah. Pembetulan bagi kesalahan 'Penjual gadis' di atas ialah 'Jurujual wanita'.

Saya paparkan beberapa lagi kesalahan bahasa di bawah dan anda kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat pada papan-papan tanda tersebut.







Selamat mencuba. Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada entri ini. Saya akan membincangkan pelbagai kesalahan bahasa yang berlaku dalam arus perdana ini. Moga bahasa Melayu tidak terus layu dalam kalangan masyarakat khususnya bangsa Melayu kerana BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA!
Wallahu a'lam...

18 ulasan:

  1. gambar 1
    talifon penting = nombor kecemasan
    gambar 2
    dilarang menguna phone tangang = dilarang menggunakan telefon bimbit
    gambar 3
    goreng pisang, goreng keledek = pisang goreng, keledek goreng
    gambar 4
    di larang masuk penceroboh akan didakwah = dilarang masuk penceroboh akan didakwa
    gambar 5
    kedai ikan burung chian = kedai haiwan peliharaan chian

    BalasPadam
  2. harithzulkifle :D29 Januari, 2013 09:35

    Gambar 1 : Nombor telefon yang penting
    Gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    Gambar 3 : Pisang goreng , Keledek goreng
    Gambar 4 : Dilarang masuk , penceroboh akan didakwa .
    Gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  3. gambar 1
    Nombor kecemasan
    gambar 2
    Dilarang menggunakan telefon bimbit
    gambar 3
    Pisang goreng,Keledek goreng
    gambar 4
    Dilarang masuk penceroboh akan didakwa
    gambar 5
    Kedai Haiwan Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  4. gambar 1 : Panggilan kecemasan
    gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    gambar 3 : Pisang goreng , Keledek goreng
    gambar 4 : Dilarang masuk , penceroboh akan didakwa
    gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  5. Nur Najihah Atiqah29 Januari, 2013 09:57

    Gambar 1 : Panggilan kecemasan
    Gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    Gambar 3 : Pisang goreng
    Keledek goreng
    Gambar 4 : Dilarang masuk,penceroboh akan didakwa
    Gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  6. Syamila Maisharah29 Januari, 2013 09:58

    1- Nombor Kecemasan
    2- Dilarang menggunakan telefon bimbit
    3- Pisang goreng, Keledek goreng
    4- Dilarang masuk, penceroboh akan didakwa.
    5- Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  7. MUKMINBASIRTINGKATANLIMASAINSTULEN :329 Januari, 2013 09:59

    g1 : Nombor telefon kecemasan
    g2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    g3 : Pisang goreng, Keledek goreng
    g4 : Dilarang masuk, penceroboh akan didakwa
    g5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  8. Gambar 1 : Panggilan kecemasan
    Gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    Gambar 3 : Pisang goreng, Keledek goreng
    Gambar 4 : Dilarang masuk,penceroboh akan didakwa
    Gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    Wassalam.. ^.^

    BalasPadam
  9. g1 : Panggilan kecemasan
    g2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    g3 : Pisang goreng , Keledek goreng
    g4 : Dilarang masuk , penceroboh akan didakwa
    g5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  10. harithzulkifle :D29 Januari, 2013 10:02

    KOREKSI

    g1 : Panggilan kecemasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. harithzulkifle :D29 Januari, 2013 10:04

      KOREKSI

      g1 : Nombor kecemasan

      Padam
  11. Gambar 1 : Panggilan kecemasan
    Gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    Gambar 3 : Pisang goreng, Keledek goreng
    Gambar 4 : Dilarang masuk,penceroboh akan didakwa
    Gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  12. Gambar 1 : Panggilan kecemasan
    Gambar 2 : Dilarang menggunakan telefon bimbit
    Gambar 3 : Pisang goreng, Keledek goreng
    Gambar 4 : Dilarang masuk,penceroboh akan didakwa
    Gambar 5 : Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  13. 1. Nombor telefon kecemasan
    2. Dilarang menggunakan telefon bimbit
    3. Pisang goreng, Keledek goreng
    4. Dilarang masuk,penceroboh akan didakwa
    5. Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam
  14. g1- talian kecemasan
    g2- Dilarang menggunakan telefon bimbit
    g3- pisang goreng, keledek goreng
    g4- Dilarang masuk penceroboh akan didakwa
    g5- Kedai haiwan peliharaan

    BalasPadam
  15. 1. Nombor Telefon Kecemasan
    2. Dilarang menggunakan telefon bimbit
    3. Pisang goreng, Keledek goreng
    4. Dilarang masuk, Penceroboh akan didakwa
    5. Kedai Ikan dan Burung Chiang

    BalasPadam