10 Disember 2012

MENJULANG BAHASA MELAYU, MEMARTABATKAN BANGSA




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


" I feel stupid when I speak Malay" kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang artis berbangsa Melayu dalam majlis yang agak berprestij. Ungkapan tersebut cukup untuk menggambarkan bahawa kedudukan bahasa Melayu yang dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat Melayu sedangkan bahasa ibunda ini menjadi salah satu lingua franca bagi masyarakat seluruh dunia suatu masa dahulu dan diangkat menjadi bahasa ilmu. Fasa pramerdeka melihatkan kedudukan bahasa Melayu seakan-akan terpinggir kerana pengutamaan bahasa Inggeris dalam pentadbiran dan menjadi bahasa vernakular serta tidak diiktiraf. Bahasa Melayu ketika hanya terhad digunakan sebagai wadah perjuangan menentang penjajah. Namun, selepas kemerdekaan, kedudukan bahasa Melayu dalam masyarakat dipandang lebih serius oleh kerajaan. Hal ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menyatakan:
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu yang dimaksudkan boleh dalam bentuk huruf Jawi atau rumi.
  • Bahasa Melayu mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

Perkara 152(1)(a): Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain (bagi apa-apa maksud selain maksud rasmi)

Lihat juga: 
http://www.penerangan.gov.my/sabah/index.php/artikel/120-menjulang-bahasa-melayu-memartabatkan-bangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan