12 Januari 2013

RUJUKAN PENULISAN KARANGAN





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



          Selamat petang... Selamat bersantai buat rakan guru dan para pelajar. Moga hujung miggu ini dapat kita menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang tidak kira jenis aktiviti yang kita lakukan sama ada mengemas rumah, berkelah, bersiar-siar di taman mahupun menghadiri majlis keramaian seperti kenduri kahwin. Semoga setiap saat yang berlalu memberikan kita manfaat dan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

            Hari ini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan guru dan para pelajar tentang teknik penulisan karangan berpandu dan karangan umum bagi persediaan mengajar dan belajar. Di samping itu, saya juga ada menyediakan contoh-contoh karangan mantap bagi rujukan para pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang. Para pelajar boleh merujuk di sini atau merujuk pada paparan tajuk di atas.

           Semoga entri pada kali ini dapat memberi manfaat buat pembaca budiman. Saya juga masih dalam proses belajar dan masih banyak kekurangan. Sekiranya rakan guru atau para pelajar mempunyai komentar yang dapat menambah baik blog ini, bolehlah meninggalkan komentar anda pada ruang disediakan. Sesungguhnya setiap kebaikan itu datangnya daripada Allah dan kelemahan itu daripada diri saya sendiri.
Wallahu a'lam...