SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4



1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat : Setiap ahli mesyuarat kampung bersetuju dengan cadangan ketua kampung untuk membina surau di kampung itu bak kata pepatah, "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Contoh ayat : Walaupun Amin pernah bergelar banduan, namun ibu bapanya masih menerimanya kerana Amin tetap darah daging  mereka.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Contoh ayat : Komuniti madani kini perlu menerapkan nilai-nilai murni  seperti bantu-membantu dalam hidup bermasyarakat bak kata peribahasa Melayu, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

4. Meninggi diri
Maksud : Sombong
Contoh ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka meninggi diri sehingga dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5. Bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
Contoh ayat: Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang mepercayai kata-katanya walaupun dia bercakap benar.

6. Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan pemurah kerana sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7. Tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Contoh ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali sedikit sebanyak merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika menentang pasukan Singapura malam tadi.

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Contoh ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam mengerjakan sesuatu tugas walaupun berat seperti kata peribahasa, “bara yang digenggam biar sampai jadi arang”.

9. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Contoh ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya menyebabkan hatinya bagai kaca terhempas ke batu.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Contoh ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil bak kata orang tua-tua, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.
Contoh ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah melonjakkan nama Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

12. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang.
Ayat contoh : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Contoh ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020, setiap pihak perlu bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Ayat contoh : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar seorang guru sudah terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15. Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
Ayat contoh : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana penerangan yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.

16. Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
Ayat contoh : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra menyebabkan dia terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17. Murah hati
Maksud : Pemurah.
Ayat contoh : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin malah rezeki yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Ayat contoh : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan sering menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
ayat contoh : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual.

41 ulasan:

  1. Balasan
    1. bestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

      Padam
  2. terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih amat membantu

    BalasPadam
  4. so nice!Thank You��

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg nice pon.................................................................................................................................................................................................................................

      Padam
    2. wherll

      Padam
    3. Best kerana saya dapat memahami dan tidak maksud.

      Padam
  5. terima kasih kerana membantu!

    BalasPadam
  6. yeah dapt buat buku skrap..........thankyou.,...

    BalasPadam
  7. it's really help me.

    BalasPadam
  8. it's really help me.

    BalasPadam
  9. sangat mudah untuk difahami

    BalasPadam
  10. tolong bagi ayat utk peribahasa telunjuk lurus kelengkeng berkait.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko relex jaa nanti kana upload juga tu wkwkwkwkwkwkwkwwk

      Padam
  11. TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  12. ade 3yg power yg x penah dengar tapi ok la thanks sbb kongsi dlam laman web....

    BalasPadam
  13. Apa peribahasa yang sesuai kalau soalannya begini : "filem-filem arahan Allahyarmam Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee masih diminati sehingga sekarang dan menjadi tatapan generasi hari ini"

    BalasPadam
  14. jurazizi majin17 April, 2018 08:49

    good peribahasA senang nak difahami hihi..kalau boleh buat yg lbih senang dn mudah dipelajari.....

    BalasPadam
  15. alalalaa d gia kasi cukup 20 ba ni peribahasa megia 19 ne alng2

    BalasPadam
  16. Terima kasih banyan banyak

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. Woiii Bahasa tu Jaga oii

      Padam
  18. apa peribahasa yg sesuai utk digunakn dlm karangan "PUNCA-PUNCA OBESITI"?

    BalasPadam
  19. Terima kasih kerana saya boleh siapkan kerja rumah dengan senang

    BalasPadam
  20. Peribahasa apa yang sesuai kalau

    Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati, lemah-lembut, dan penyayang

    BalasPadam
  21. Sangat membantu untuk membuat kerja sekolah melalui internet :)

    BalasPadam