Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam Kalangan Pelajar



       Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

      Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

      Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung  memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

      Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

       Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

    Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

        Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

(551 patah perkataan)

KOSA KATA:
1.    Kekangan = masalah / halangan
2.    Indikator = penunjuk aras
3.    Menanda aras = penunjuk tahap
4.    Diimplementasikan = dilaksanakan
5.    Pro serta kontra = kebaikan dan keburukan
6.    Mengobservasi = memantau
7.    Polemik = perdebatan
8.    Tonggak = asas
9.    Watan = tanah air
10. Marcapada = kini
11. Kotak pemikiran = minda / pemikiran
12. Norma = adat / kebiasaan
13. Lokal = setempat
14. Ekploitasi – mengambil kesempatan
15. Intiha = pengakhiran
16. Inisiatif = daya usaha
17. Variasi = pelbagai
18. Impak = kesan
19. Menongkah arus kehidupan = menyonsong cabaran hidup
20. Ghalib = biasa
21. Efektif = berkesan
22. Keterjelmaan = penjelmaan

64 ulasan:

  1. harap minta izin mengambil sedikit bahan utk buat ulangkaji , tq cg :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih cg :]

    BalasPadam
  3. jazakallahu khoir.. :)

    BalasPadam
  4. cg mntak izin ambek bhn cg nak buat ulangkaji

    BalasPadam
  5. minta izin copy contoh ini ye cikgu

    BalasPadam
  6. mintak izin nk amik ye...untuk ulg kaji....terima kasih

    BalasPadam
  7. Saya minta izin salin semula untuk ulangkaji. terima kasih cikgu. :)

    BalasPadam
  8. minta izin saya copy karangan ini ye cjkgu

    BalasPadam
  9. cikgu boleh saya copy karangan ini???

    BalasPadam
  10. silakan...moga dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan anda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Such a talented ticer. Penggunaan bahasa melayu yang relevan. Huraian yang rasional, dihadirkan dengan peribahasa yang konkrit. Tahniah cgu!

      Padam
  11. Karangan mantap penuh dgn kosa kata yang tinggi. Ini membantu saya membuat karangan.

    BalasPadam
  12. lol i've seen a mistake here 'Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan' it's supposed to be hinggakan sanggup TIDAK mempedulikan asas kehidupan right? ._.

    BalasPadam
  13. minta izin nak buat ulang kaji

    BalasPadam
  14. saya minta izin nak buat ulang kaji.....

    BalasPadam
  15. adriantygayl19 Mei, 2014 10:50

    terima kasih buat karangan ni....

    BalasPadam
  16. Mintak izin nak buat ulang kaji,,ye cikgu,,terima kasih

    BalasPadam
  17. nak tanya..... ape kaitan media lucah dengan punca pelajar ponteng

    BalasPadam
  18. cikgu. saya nak minta izin nak copy kosa kata . thanks

    BalasPadam
  19. Halalkan ilmu yang telah kami ambil

    BalasPadam
  20. Cikgu nak minta izin copy untuk ulangkaji ye..tq..

    BalasPadam
  21. I Like Trains.

    BalasPadam
  22. minta izin utk study yee...doakan saya utk pt3 nnt...amiiinnn...

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum cg.. izinkan sya copy untuk ulangkaji ye.. tq

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum cg.. izinkan sya copy untuk ulangkaji ye.. tq

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum cg.. izinkan sya copy untuk ulangkaji ye.. tq

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum . Mintak izin nak ambil kosa kata, terima kasih .

    BalasPadam
  27. Hebat sungguh Kosa Kata cikgu ...kebanyakkan kosa kata cikgu itu daripada kata pinjaman bahasa inggeris,bahasa arab dan bahasa indonesia kan?

    BalasPadam
  28. Hebat sungguh Kosa Kata cikgu ...kebanyakkan kosa kata cikgu itu daripada kata pinjaman bahasa inggeris,bahasa arab dan bahasa indonesia kan?

    BalasPadam
  29. saya minta izin untuk salin ya cikgu nak buat ulang kaji

    BalasPadam
  30. LAIN KALI KAMU TULIS KARANGAN TOLONG TULIS KARANGAN PENDEK

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama pon karangan mantap ofc kna pjg

      Padam
  31. karangan tak boleh pakai

    BalasPadam
  32. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  33. minta izin nak copy utk final exam ,tq!

    BalasPadam
  34. minta izin nak copy utk final exam ,tq!

    BalasPadam
  35. waaa hebat nye cikgu..terima kasih atas perkongsian..saye mnx izin kopi pasta nk ulangkaji..hehe

    BalasPadam
  36. izinkan sy untuk copy yea :) tq

    BalasPadam
  37. as slam.. minta izin untuk guna bahan sebagai contoh

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum..mintak izin untuk salin semula dan ulangkaji..terima kasih

    BalasPadam
  39. As Salam...

    minta izin COPY & PASTE...

    BalasPadam
  40. Minta izin ulang kaji ye cikgu .

    BalasPadam
  41. minta izin copy untuk oral ye cikgu. terima kasih :)

    BalasPadam
  42. Minta izin copy & paste ye cikgu 😊

    BalasPadam
  43. Minta izin copy and paste ye

    BalasPadam
  44. Mintak izin nak ulang kaji ye cikgu . Terima kasih ^^

    BalasPadam
  45. Mintak izin nak ulang kaji ye cikgu . Terima kasih ^^

    BalasPadam
  46. Siapa yang baik hati tolong ajarkan saya dlm karangan pm 01116216804

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum...cikgu saya hendak meminta izin untuk menyalin semula karangan tersebut untuk dijadikan sebagai bahan rujukan...terima kasih��

    BalasPadam
  48. minta izin ya cikgu saya ss semua
    mksd perkataan hitam tu ye

    BalasPadam
  49. Minta izin untuk salin. Tq admin

    BalasPadam
  50. Minta izin saya nak rujuk..tq

    BalasPadam
  51. Saya minta izin nkk ulang kaji cikgu . Terima kasih ❤

    BalasPadam
  52. mintak izin salin yeee cikgu..........untuk ulang kaji .peace

    BalasPadam
  53. Terima kasih

    BalasPadam
  54. Minta izin nak ambik kosa kata

    BalasPadam