Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya




       Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.  

         Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini. 

          Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebing dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.

         Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan. 

        Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar  akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

(254 patah perkataan)

KOSA KATA

1.    Mendominankan = memberi pengaruh kuat
2.    Eksplisit = secara terang-terangan
3.    Simbolik = perlambangan / sebagai simbolik
4.    Memapankan = memantapkan / mengukuhkan
5.    Ditongkah = ditempuhi
6.    Diaplikasikan = digunakan
7.    Silabus = sukatan pelajaran
8.    Memangkinkan = meningktkan / menyemarakkan
9.    Gemblengan = kesatuan
10. Masyur = terkenal
11. Tamsilnya = contohnya
12. Wadah = medium / medan
13. Efektif = berkesan
14. Kedaifan akal = kedangkalan
15. Akhirulkalam = penutup bicara
16. Kemenjadian = hasil yang positif

32 ulasan:

  1. mohon halalkan sy copy untuk pelajar saya yer cikgu yang budiman...

    BalasPadam
  2. ni emel sy eman_searching83@yahoo.com.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. maafkan saya atas kesibukan hingga tidak sempat menge-melkan kepada anda. kini, anda sudah boleh "right click and copy" agar dapat dimanfaatkan. :)

      Padam
  3. ckgu. saya nak minta izin. nak copy. thanks

    BalasPadam
  4. Copy ye cikgu . Tq

    BalasPadam
  5. salam,cikgu...saya taufiq,emelkan saya tentang contoh karangan mantap nie pada emel saya...suzuran.tr@gmail.com...terima kasih

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu . Saya nak copy untuk buat latihan berkumpulan dengan classmates sy. Izinkan ye tq.

    BalasPadam
  7. Terima kasih cikgu. Izinkan saya copy untuk karangan contoh sebagai bahan rujukan untuk saya.

    BalasPadam
  8. Izinkan saya copy krgn cikgu ya halalkan ilmu tq sayang cikgu 😄

    BalasPadam
  9. Izinkan saya copy krgn cikgu ya halalkan ilmu tq sayang cikgu 😄

    BalasPadam
  10. Bagai aur dan tebing.
    Slalu diajar ialah bagai aur dengan tebing.
    Maafkan sy skranya salah.

    BalasPadam
  11. cikgu izinkan saya copy ya

    BalasPadam
  12. cg apa maksud setahun jagung

    BalasPadam
  13. salam cikgu...izinkan sy copy karangan ni...terima kasih...semoga cikgu dimurahkan rezeki dan diberkati hidup...aaamiiinnn

    BalasPadam
  14. salam saya nk tnya karangan yg ulang-mengulang ada x....

    BalasPadam
  15. boleh ajar saya membuat karangan

    BalasPadam
  16. assalamualaikum
    sedekahkan Al-fatihah kepada Allahurm Rafeah binti Jaafar

    BalasPadam
  17. Mohon copy ye cikgu dan minta dihalalkan Ilmu nya.

    BalasPadam
  18. assalam cikgu saya nk minta izin untuk copy text ini ...atas tujuan untuk study..terima kasih

    BalasPadam
  19. izin kan saya copy untuk tujuan study

    BalasPadam
  20. saya ambil ye cg ...terima kasih

    BalasPadam
  21. meminta izin untuk copy yer cikgu...terima kasih

    BalasPadam
  22. Minta izin saya rujuk cikgu... terima kasih

    BalasPadam
  23. mohon halalkan ..semoga cikgu dimjrahkan rezeki dunia dan akghirat

    BalasPadam