TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A

BAHAGIAN A

KEPERLUAN SOALAN
  1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan anda wajib menjawabnya.
  2. Soalan akan memaparkan dua atau lebih bahan rangsangan yang mempunyai tema yang sama.
  3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan.
  4. Panjang karangan hendaklah antara 150 - 200 patah perkataan

TEKNIK MENJAWAB

LANGKAH 1 : ANALISIS KEHENDAK SOALAN DAN SEMUA BAHAN RANGSANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)
  • Anda perlu mengenal pasti kehendak soalan/fokus terlebih dahulu. Gariskan kehendak soalan/fokus agar anda tidak lupa.
  • Anda perlu menganalisis setiap bahan rangsangan yang diberikan kerana terdapat isi yang menepati kehendak soalan/fokus. Tuliskan isi agar tidak lupa. 
  • Setiap isi dalam bahan rangsangan yang diberikan wajib digunakan sama ada dalam perenggan pendahuluan, isi atau penutup.

LANGKAH 2 : PENULISAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 30 MINIT)
  • Bagi karangan Bahagian A iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 150-200 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 200 patah kata kerana penulisan selepas 200 patah kata tidak akan dibaca dan dikira dalam pemarkahan. 
  • Anda boleh menulis karangan dalam 4 atau 5 perenggan.
  • Cadangan bilangan patah perkataan bagi setiap perenggan:

PERENGGAN

CADANGAN BILANGAN PATAH PERKATAAN

Pendahuluan

40 patah perkataan

Isi 1

60 patah perkataan

Isi 2

60 patah perkataan

Kesimpulan

40 patah perkataan


TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN (ANGGARAN 40 PATAH PERKATAAN )

 FORMULA PENDAHULUAN = UHCA 

U = PERNYATAAN UMUM

  • Terdiri daripada satu ayat sahaja. Anda boleh menulis ayat yang menyatakan definisi/berita/statistik/isu semasa berkaitan kehendak soalan.

H = AYAT HURAIAN

  • Terdiri daripada satu atau dua ayat.
  • AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
  • AH2 : Kesinambungan daripada ayat huraian 1 dan boleh menggunakan formula MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

 C = AYAT CONTOH

  • Anda boleh memberikan satu contoh yang paling relevan dan bertepatan dengan kehendak soalan/fokus.

 A = AYAT ARAHAN

  • Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.
  • Anda perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. Anda juga boleh memasukkan fokus bahan rangsangan 1 sekiranya sesuai.
  • Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.


TEKNIK PENULISAN ISI ( ANGGARAN 60 PATAH PERKATAAN X 2 ISI) 
FORMULA ISI = FHCP
F = AYAT FOKUS
  • Terdiri daripada satu ayat sahaja dan menyatakan fokus yang dikenal pasti dalam bahan rangsangan yang diberikan.
  • Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.
H = AYAT HURAIAN
  • Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
  • Dihuraikan secara mendalam menggunakan idea anda sendiri berdasarkan formula MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana).
  • Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai. 
C = AYAT CONTOH
  • Anda boleh memberikan  satu atau lebih contoh yang relevan dan bertepatan dengan fokus bahan rangsangan yang ditulis dalam ayat fokus.
  • Kedudukan ayat contoh boleh ditulis di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum ayat penegas.
P = AYAT PENEGAS 
  • Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
  • Anda perlu menegaskan semula fokus bahan rangsangan dengan menggunakan ayat berbeza.

TEKNIK PENULISAN PENUTUP (ANGGARAN 30 PATAH PERKATAAN)

FORMULA KESIMPULAN = KCH

K = AYAT KESIMPULAN

  • Terdiri daripada satu ayat sahaja.  
  •  Anda boleh memasukkan fokus bahan rangsangan sekiranya sesuai ditulis sebagai kesimpulan. 

 C = AYAT CADANGAN

  • Terdiri daripada satu ayat sahaja.
  • Anda boleh memulakan ayat seperti "Pihak (yang sesuai dengan kehendak soalan) perlulah menggembleng tenaga untuk ... "
  •  Anda perlu memberi cadangan yang relevan dengan kehendak soalan

        H = AYAT HARAPAN 

  •  terdiri daripada satu ayat sahaja.
  • Anda perlu menggunakan kata hubung agar/supaya untuk menyambungkan ayat cadangan dengan ayat harapan.


LANGKAH 3 : SEMAKAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT) 

  • Anda perlu menyemak setiap patah perkataan dan ayat yang telah ditulis bagi mengelakkan pengurangan markah kerana berlakunya kesalahan ejaan dan struktur ayat.
  • Anda juga perlu mengira jumlah perkataan dengan betul dan menulis jumlah patah perkataan di dalam kurungan di bahagian bawah sebelah kanan karangan.
    • contoh : (240 patah perkataan)

 

 WAJIB BACA

1.  Ramai dalam kalangan pelajar yang keliru dalam pengiraan patah perkataan yang betul. Perkataan yang dikira satu patah perkataan ialah :-

-  Kata nama khas: Taman Tanah Putih Baru (1 perkataan)

-  Peribahasa/cogan kata: bagai aur dengan tebing (1 perkataan)

- Kata majmuk: ambil berat (1 perkataan)

-  Kata ganda: rakan-rakan (1 perkataan)

-  Gelaran/pangkat: Dato’ Seri (1 perkataan)

-  Tarikh: 20 Disember 20202 ( 1 perkataan)

2.  Perlu diingat bahwa penanda wacana dan kata sendi nama dikira mengikut bilangan patah perkataan contohnya, "Walau bagaimanapun" dikira 2 patah perkataan dan "di samping itu" dikira 3 patah perkataan.

3.  Oleh itu, anda amat digalakkan untuk menggunakan lebih banyak peribahasa dalam karangan  agar karangan anda menarik dan cemerlang.

4.  Anda digalakkan menggunakan kosa kata yang menarik bagi menunjukkan kematangan dalam penulisan karangan.

5.   Kepelbagaian ayat dalam karangan juga menunjukkan penguasaan bahasa yang baik dan kreatif. Antara contoh ayat yang sesuai digunakan dalam karangan ialah :-

 Ayat penyata

-  Ayat tanya

-  Ayat ayat songsang

-  Ayat majmuk

-   Ayat aktif

-  Ayat pasif

6.  Perkara yang paling penting dalam penulisan karangan ialah tulisan yang kemas dan boleh dibaca. Ramai dalam kalangan pelajar akan mula menulis secara cakar ayam apabila tempoh menjawab semakin tamat. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, pelajar dinasihatkan untuk mernagka karangan sebelum menulis agar tidak membuang masa dan karangan mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak terpesong dari kehendak soalan.


29 ulasan:

  1. terima kasih cikgu, perkongsian yang bermanfaat dan sesuai digunakan untuk teknik menjawab bahagian A kertas 1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. HAHAHA jngn bukn2😭

      Padam
    3. aduh emir HAHAHAHA

      Padam
  2. terima kasih untuk sharing ni cikgu. sangat membantu..

    BalasPadam
  3. terima kasih

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu,sangat membantu

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  6. terima kasih cg..mohon halal guna teknik karangan cg

    BalasPadam
  7. terima kasih cg....sngt membantu

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  9. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  11. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  12. Terima kasih cikgu, info ni sgt membantu

    BalasPadam
  13. Terima kasih cikgu kerna sharing ilmu ianya sangat berguna....doakan saya agar dapat keputusan spm yang cemerlang

    BalasPadam
  14. cg, doakan saya spm thn 2022 ni...amin

    BalasPadam
  15. kalau karangan tak tulis tajuk, terus buat karangan. boleh dapat markah tak cikgu

    BalasPadam
  16. Cikgu memg stai la

    BalasPadam
  17. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  18. terima kasih, sangat membantu 👍👍

    BalasPadam
  19. thanks cikgu sgt membantu !

    BalasPadam
  20. doakan sy ckgu utk spm 2023 ni☺️ minta tolong dipermudahkn segala urusan

    BalasPadam
  21. Arigato kusaimans

    BalasPadam
  22. cg ada contoh karangan ?

    BalasPadam
  23. bahagian a memang tidak berformat macam bahagian b kan?

    BalasPadam