بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak aktif di blog ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kini cikgu akan mulakan semula pendidikan alam maya ini dengan mengemas kini blog ini berdasarkan format instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaharu bagi kertas Bahasa Melayu (1103). Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru dan pelajar berkaitan format SPM terbaharu yang digubal oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebaik sahaja KPM meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Lima mulai tahun 2020.
BAHASA MELAYU (1103)
BIL |
PERKARA |
KERTAS 1 (1103/1) |
KERTAS 2 (1103/2) |
KERTAS 3 (1103/3) |
KERTAS 4 (1103/4) |
1 |
Jenis Instrumen |
Ujian
Bertulis |
Ujian
Bertulis |
Ujian
Bertutur |
Ujian
Mendengar |
2 |
Jenis Item |
§ Subjektif
respons terhad § Subjektif
respons terbuka |
§ Subjektif
respons terhad § Subjektif
respons terbuka |
§ Subjektif
respons terhad § Subjektif
respons terbuka |
§ Objektif
aneka pilihan § Objektif
pelbagai bentuk § Subjektif
respons terhad |
3 |
Bentuk dan Bilangan Soalan |
Bahagian A § Satu
(1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan § Jawab
satu soalan sahaja |
Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa § Soalan
1 Morfologi § Soalan
2 Sintaksis § Soalan
3 Penyuntingan § Soalan
4 Bahasa
Melayu Standard (menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada bahasa melayu
moden/ standard § Soalan
5
Peribahasa |
Bahagian A – Individu § 1
petikan/bahan rangsangan yang disediakan untuk setiap calon § Bersoal
jawab dengan pentaksir |
§ 4
– 6 petikan § Instrument
mengandungi 20 hingga 25 soalan § Jawapan
berdasarkan petikan § Jawab
semua soalan |
Bahagian B § 4
soalan esei § Pilih
dan jawab satu soalan sahaja |
Bahagian B – Pemahaman § Soalan
6 dan 7 Petikan
bahan prosa dan bukan prosa (umum/ drama/ cerpen/ prosa tradisional/ puisi
tradisional/ sajak) § Soalan
8 berdasarkan
novel tingkatan 4 dan 5 |
Bahagian B – Kumpulan § 1
tajuk/ tema umum disediakan untuk perbincangan § Perbincangan
dalam kumpulan 3 hingga 5 orang calon |
|||
Bahagian
C – Rumusan |
|||||
4 |
Jumlah Markah |
100
markah |
100
markah |
70
markah |
30
markah |
5 |
Tempoh Ujian |
2
jam |
2
jam 30 minit |
Individu : 3 – 5 minit Kumpulan : 12
– 15 minit |
30
minit |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan