22 Mei 2021

FORMAT INSTRUMENT PEPERIKSAAN SPM BAGI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) MULAI TAHUN 2021

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak aktif di blog ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kini cikgu akan mulakan semula pendidikan alam maya ini dengan mengemas kini blog ini berdasarkan format instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaharu bagi kertas Bahasa Melayu (1103). Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru dan pelajar berkaitan format SPM terbaharu yang digubal oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebaik sahaja KPM meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Lima mulai tahun 2020.

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021  
BAHASA MELAYU (1103)

BIL

PERKARA

KERTAS 1

(1103/1)

KERTAS 2

(1103/2)

KERTAS 3

(1103/3)

KERTAS 4

(1103/4)

1

Jenis Instrumen

 

Ujian Bertulis

Ujian Bertulis

Ujian Bertutur

Ujian Mendengar

2

Jenis Item

§ Subjektif respons terhad

§ Subjektif respons terbuka

§ Subjektif respons terhad

§ Subjektif respons terbuka

§ Subjektif respons terhad

§ Subjektif respons terbuka

§ Objektif aneka pilihan

§ Objektif pelbagai bentuk

§ Subjektif respons terhad

3

Bentuk dan Bilangan Soalan

 

Bahagian A

 

§ Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan

§ Jawab satu soalan sahaja

 

 

 

Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa

 

§  Soalan 1

Morfologi

 

§  Soalan 2

Sintaksis

 

§  Soalan 3

Penyuntingan

 

§  Soalan 4

Bahasa Melayu Standard (menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada bahasa melayu moden/ standard

 

 

§  Soalan 5 Peribahasa

 

 

Bahagian A – Individu

 

§ 1 petikan/bahan rangsangan yang disediakan untuk setiap calon

§ Bersoal jawab dengan pentaksir

 

§ 4 – 6 petikan

§ Instrument mengandungi 20 hingga 25 soalan

§ Jawapan berdasarkan petikan

§ Jawab semua soalan

Bahagian B

 

§ 4 soalan esei

§ Pilih dan jawab satu soalan sahaja

Bahagian B – Pemahaman

 

§  Soalan 6 dan 7

Petikan bahan prosa dan bukan prosa (umum/ drama/ cerpen/ prosa tradisional/ puisi tradisional/ sajak)

 

§  Soalan 8

berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5

 

Bahagian B – Kumpulan

 

§ 1 tajuk/ tema umum disediakan untuk perbincangan

§ Perbincangan dalam kumpulan 3 hingga 5 orang calon

 

Bahagian C – Rumusan

 

4

Jumlah Markah

100 markah

100 markah

70 markah

30 markah

5

Tempoh Ujian

2 jam

2 jam 30 minit

Individu :

3 – 5 minit

Kumpulan :

12 – 15 minit

30 minit


18 Jun 2013

TAJUK-TAJUK UNTUK UJIAN LISAN (ULBS) BAHASA MELAYU


        
Bulan ini anak-anak MTNP akan menghadapi Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Cikgu ingin berkongsi tip-tip untuk semua calon yang akan menduduki ULBS bagi Bahasa Melayu. Banyakkan doa, tenangkan hati, insya-Allah berjaya...


ASPEK-ASPEK TUMPUAN
1.    Pertuturan yang difahami, tersusun dan lancar.
2.    Pemahaman terhadap soalan seperti boleh memberikan jawapan yang betul, tepat dan menyakinkan.
3.    Bahasa baku yang betul, tepat dan gramatis.
4.    Intonasi yang bersesuaian.

GANGGUAN PERTUTURAN
1.    Pertuturan yang tidak lancar.
2.    Penggunaan bahasa pasar, dialek daerah dan slanga.
3.    Gangguan bunyi yang kerap seperti "errrr!", berdeham dan sebagainya.
4.    Tidak menjawab apa yang ditanya.

5.    Gangguan pergerakan tangan, kepala atau mata yang keterlaluan.

JENIS-JENIS SOALAN
a)    Soalan peribadi
v  Nama, tempat tinggal, keluarga dan sebagainya.
v  Soalan-soalan ini sekadar untuk mengetahui latar belakang anda dan menenangkan anda untuk menghadapi soalan seterusnya.
v  Jawablah dengan tenang, suara yang jelas dan ayat lengkap dalam bahasa baku.
v  Jangan terperanjat jika Pemeriksa Lisan kadang-kala bergurau dengan anda sekadar untuk mewujudkan kemesraan.

b)  Soalan berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan

SENARAI TAJUK UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH ( ULBS ) BAHASA MELAYU SPM

1.  PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian

2.  INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3.   PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

4.   TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5.   PENSWASTAAN
-Faedah - faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6.   INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan

7.  AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

8.  KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

9.   INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

10.  PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

11.  LEBUH RAYA
-Perkembangan lebuh raya hari ini
-Fungsi lebuh raya
-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12. PENGIKLANAN
-Isu pengiklanan
-Pengaruh iklan
-Kesesuaian iklan

13.  SUKAN
-Perkembangan sukan di Malaysia
-Faedah-faedah bersukan
-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan
-Sains Sukan
-Masalah dalam bidang sukan



14.  KEPENDUDUKAN
-Isu rakyat termiskin
-Migrasi dan perpindahan penduduk
-Isu kepadatan penduduk
-Kualiti hidup

15.  BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA
-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan
-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela
-Masalah-masalah yang dihadapi

16.  PENCEMARAN ALAM
-Punca-punca pencemaran alam
-Usaha-usaha mengatasi
-Kesan daripada pencemaran alam

17.  GOTONG-ROYONG
-Kebaikan amalan gotong royong
-Amalan gotong royong pada hari ini
-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18.  SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN
-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran
-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan
-Suasana sambutan hari perayaan

19.  ADAT RESAM DAN ISTIADAT
-Adat resam pelbagai kaum
-Fungsi dan peranan adat resam
-Amalan adat resam pada hari ini

20.  PENGANGGURAN
-Punca-punca pengangguran
-Usaha-usaha mengatasi pengangguran
-Kesan daripada pengangguran

21. TENAGA KERJA ASING
-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing
-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing
-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

22.  KESEDARAN SIVIK
-Usaha memupuk kesedaran sivik
-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik
-Sikap masyarakat pada hari ini

23.  PERPADUAN KAUM
-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum
-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum
-Perpaduan kaum pada hari ini

24.  KEPENGGUNAAN
-Kepentingan pendidikan kepenggunaan
-Peranan dan fungsi persatuan pengguna
-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25.  HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG
-Jenis-jenis hobi
-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi
-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26.  WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua

27.  KANAK-KANAK
- Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28.  KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat

29.  MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30.  TELEVISYEN / VIDEO / FILEM
-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak

31.  PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32.  AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca

33.  PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34.  PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35.  SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36.  PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan

37.  AKTIVITI KOKURIKULUM
-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum
-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar
-Halangan pelaksanaan

38.  KEBUDAYAAN
-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
-Konsep kebudayaan kebangsaan
-Pengaruh luar dalam kebudayaan

39.  NILAI-NILAI MURNI
-Usaha memupuk nilai murni
-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni
-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40.  KHAZANAH BUMI / HUTAN
-Jenis-jenisnya
-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut
-Sumbangan kepada negara

41.  PERLADANGAN
-Isu tenaga kerja di bidang peladangan
-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara
-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42.  PERUNDANGAN
-Peranan dan fungsi undang-undang
-Keberkesanan undang-undang
-Jenayah di negara kita

43.  PERTANIAN TRADISIONAL
-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional
-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan
-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44.  PERTANIAN MODEN
-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden
-Penggunaan teknologi moden dalam pertanian
- Isu pasaran dan harga hasil pertanian

45.  TANAH
-Masalah tanah terbiar
-Penerokaan tanah secara haram
-Kesan pembangunan yang pesat

46.  SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK
-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan
-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara
-Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat

47.  HAL EHWAL SEMASA
-Perkembangan politik tanah air
-Masalah-masalah sosial di negara
-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48.  PERMAINAN TRADISIONAL
-Jenis-jenisnya
-Fungsi dan peranannya pada masyarakat
-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49.  KEKELUARGAAN
-Hubungan kekeluargaan sekarang
-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat
-Kempen Utamakan Keluarga

50.  PROJEK PERUMAHAN
-Tujuan diadakan projek perumahan
-Kebaikan dan keburukan projek perumahan
-Jenis-jenis projek perumahan

51.  KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52.  PENYAKIT BERBAHAYA
- Jenis-jenisnya
- Cara-cara mencegahnya
- Punca-punca penyakit berjangkit

53.  MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54.  SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55.  PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56.  AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan

57.  JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58.  PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur

59.  DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60.  MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak

61.  ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

62.  SEMANGAT KEJIRANAN
-Pentingnya semangat kejiranan
-Usaha meningkatkan semangat kejiranan
-Permasalahan kejiranan hari ini

63.  PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN
-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan
-Cara-cara mengekalkan keindahan
-Permasalahan dengan pengindahan kawasan
-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64.  KESELAMATAN NEGARA
-Peranan pasukan keselamatan
-Keadaan keselamatan negara pada hari ini
-Kerahan tenaga rakyat
-Program Latihan Khidmat Negara

65.  ALAM SEKITAR
-Keadaan alam sekitar hari ini
-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar
-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar
-Kesan kemusnahan alam sekitar

66.  PELABELAN
-Kepentingan dan fungsi penggunaan label
-Keberkesanan penggunaan label
-Isu permasalahan penggunaan label

67.  BENCANA ALAM
-Jenis-jenis bencana alam
-Punca-punca bencana alam
-Usaha menghadapi bencana alam

68.  SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
-Jenis-jenis seni mempertahankan diri
-Perkembangan seni mempertahankan diri
-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69.  KEMUDAHAN AWAM
-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia
-Sikap dan tanggungjawab masyarakat
-Permasalahan kemudahan awam

70.  BUAH-BUAHAN TEMPATAN
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
-Prospek pemasaran
-Halangan

71.  SEKOLAH
-Sekolah Idaman
-Kempen 3K
-Hari Kantin
-Anugerah Cemerlang
-Ponteng sekolah
-Program Peningkatan Akademik
-Motivasi
-Sekolah Bestari

72.  INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Kesan penggunaan internet
-Dasar Langit Terbuka
-Kafe Siber

73.  KEPIMPINAN
-Peranan Pemimpin
-Ciri-ciri Pemimpin
-Kepentingan pemimpin

74.  VANDALISME @ RAGUT
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

75.  KEMALANGAN JALAN RAYA
-Sebab-sebab berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

76.  SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN
-Definisi Slogan
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai

77.  KOMSAS
-   Kepentingan membaca karya sastera
-   Sepintas lalu buku antologi komsas tingkatan 4 dan 5
-   Kekuatan novel komsas tingkatan 4 dan 5