بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak aktif di blog ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kini cikgu akan mulakan semula pendidikan alam maya ini dengan mengemas kini blog ini berdasarkan format instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaharu bagi kertas Bahasa Melayu (1103). Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru dan pelajar berkaitan format SPM terbaharu yang digubal oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebaik sahaja KPM meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Lima mulai tahun 2020.
BAHASA MELAYU (1103)
| 
   BIL  | 
  
   PERKARA  | 
  
   KERTAS 1 (1103/1)  | 
  
   KERTAS 2 (1103/2)  | 
  
   KERTAS 3 (1103/3)  | 
  
   KERTAS 4 (1103/4)  | 
 
| 
   1  | 
  
   Jenis Instrumen  | 
  
   Ujian
  Bertulis  | 
  
   Ujian
  Bertulis  | 
  
   Ujian
  Bertutur  | 
  
   Ujian
  Mendengar  | 
 
| 
   2  | 
  
   Jenis Item  | 
  
   § Subjektif
  respons terhad § Subjektif
  respons terbuka  | 
  
   § Subjektif
  respons terhad § Subjektif
  respons terbuka  | 
  
   § Subjektif
  respons terhad § Subjektif
  respons terbuka  | 
  
   § Objektif
  aneka pilihan § Objektif
  pelbagai bentuk § Subjektif
  respons terhad  | 
 
| 
   3  | 
  
   Bentuk dan Bilangan Soalan  | 
  
   Bahagian A § Satu
  (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan § Jawab
  satu soalan sahaja  | 
  
   Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa §  Soalan
  1 Morfologi §  Soalan
  2 Sintaksis §  Soalan
  3 Penyuntingan §  Soalan
  4 Bahasa
  Melayu Standard (menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada bahasa melayu
  moden/ standard §  Soalan
  5
  Peribahasa   | 
  
   Bahagian A – Individu § 1
  petikan/bahan rangsangan yang disediakan untuk setiap calon § Bersoal
  jawab dengan pentaksir  | 
  
   § 4
  – 6 petikan § Instrument
  mengandungi 20 hingga 25 soalan § Jawapan
  berdasarkan petikan § Jawab
  semua soalan  | 
 
| 
   Bahagian B § 4
  soalan esei § Pilih
  dan jawab satu soalan sahaja  | 
  
   Bahagian B – Pemahaman §  Soalan
  6 dan 7 Petikan
  bahan prosa dan bukan prosa (umum/ drama/ cerpen/ prosa tradisional/ puisi
  tradisional/ sajak) §  Soalan
  8 berdasarkan
  novel tingkatan 4 dan 5  | 
  
   Bahagian B – Kumpulan § 1
  tajuk/ tema umum disediakan untuk perbincangan § Perbincangan
  dalam kumpulan 3 hingga 5 orang calon  | 
 |||
| 
   Bahagian
  C – Rumusan  | 
 |||||
| 
   4  | 
  
   Jumlah Markah  | 
  
   100
  markah  | 
  
   100
  markah  | 
  
   70
  markah  | 
  
   30
  markah  | 
 
| 
   5  | 
  
   Tempoh Ujian  | 
  
   2
  jam  | 
  
   2
  jam 30 minit  | 
  
   Individu : 3 – 5 minit Kumpulan : 12
  – 15 minit  | 
  
   30
  minit  |