TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM


Strategi Menjawab
1.     Membaca arahan soalan dengan teliti.
2.     Mengenal pasti kehendak soalan.
3.     Pelajar diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata kunci atau arahan atau tugasan iaitu:
(a) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersurat.
(b) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi tersirat.
4.     Pelajar digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun panduan yang diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri untuk memperoleh markah cemerlang.


Panduan Menulis Rumusan


Bahagian Pendahuluan
      i.        Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.
     ii.        Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang bersinonim (sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.

Contoh:
(a) Faktor : sebab, punca
(b) Kesan : Implikasi, akibat
(c) Langkah : Usaha, cara

    iii.        Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian pendahuluan.
    iv.        Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.
     v.        Formula rumusan :
Petikan membincangkan _(kata kunci pertama – tukar perkataan sinonim)  dalam__(skop petikan) .

  
Menulis Isi-isi tersurat
      i.        Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
     ii.        Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi.
    iii.        Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar menulis maksimum tujuh isi tersurat.
    iv.        Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat blok menggunakan pen berwarna.
     v.        Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan menggunakan ayat yang gramatis dan lengkap.
    vi.        Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan sebagainya.
   vii.        Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah perkataan yang ditulis.
  viii.        Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.
    ix.        Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

Menulis Isi-isi Tersirat
      i.        Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan.
     ii.        Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam petikan yang diberi.
    iii.        Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut.
    iv.        Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya tiga isi tersirat.
     v.        Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
    vi.        Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
   vii.        Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

Penutup (Kesimpulan)
      i.        Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.
     ii.        Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan
b) Ayat berbenuk harapan
    iii.        Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat, atau implikasi kepada tema petikan.
    iv.        Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan kata hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
     v.        Formula kesimpulan iaitu:

Tema petikan + Ayat berbentuk cadangan (supaya/agar) Ayat berbentuk harapan.

           
  
Pemerengganan dalam Rumusan

Dari segi binaan pemerengganan, pelajar bebas menulis rumusan sama ada menulisnya dalam satu, dua, tiga ataupun empat perenggan.

INGAT! Dalam penulisan pemerengganan rumusan, tidak ada satu format khusus tentang bilangan pemerengganan kerana hal ini tidak menjejaskan markah pelajar. Namun, sewajarnya pelajar mampu mengemukakan rumusan dalam persembahan yang berkesan.

Namun demikian, pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti cadangan berikut :
a) Pemerengganan 1 – Pendahuluan
b) Pemerengganan 2 – Isi-isi tersurat
c) Pemerengganan 3 – Isi-isi tersirat (T)
d) Pemerengganan 4 – Penutup (Kesimpulan)



Panduan Mengira Perkataan dalam Rumusan


Pelajar digalakkan supaya mengingati panduan mengira perkataan dalam rumusan, perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut :
a) Tarikh
b) Gelaran
c) Nama khas
d) Perkataan berulang (kata ganda)
e) Penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’
f) Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan




Pemarkahan dalam Rumusan
1.     Bahagian ini memperuntukkan 30 markah iaitu:
Isi 20 markah
Bahasa 10 markah

2.     Pembahagian markah mengikut bahagian ialah:
Pengenalan 2 markah
Isi tersurat (S) 1 isi : 2 markah
Isi tersirat (T) 1 isi : 2 markah
Penutup/Kesimpulan 2 markah

3.     Dalam rumusan, pelajar harus mengemukakan 10 isi untuk mendapat markah penuh isi iaitu 20 markah.

4.     Dalam aspek bahasa, markah diperuntukkan 10 markah. Pemberian markah bergantung kepada jumlah markah yang isi yang diperoleh.

5.     Sekiranya pelajar memperoleh markah isi sebanyak 20 markah, markah maksimum aspek bahasa selayaknya 10 markah.

6.     INGAT! Pelajar tidak semestinya memperoleh separuh daripada markah isi secara automatik.

7.     Hal ini perlu ditentukan setelah pemeriksa berpuas hati dengan jawapan pelajar. Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

8.     Dalam markah bahasa, sekiranya pelajar menulis rumusan dengan menggunakan bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata yang baik, tepat, dan lancar dan tidak terdapat kesalahan bahasa dan tanda baca, pelajar layak mendapat markah tambahan untuk aspek bahasa sebanyak 1 markah.

9.     Sekiranya pelajar berbuat sebaliknya, 1 markah akan ditolak daripada keseluruhan markah bahasa yang diperuntukkan.

10.  Sehubungan itu, pelajar harus ingat bahawa penilaian dalam rumusan bukan sahaja dinilai dari aspek isi-isi yang dikemukakan oleh pelajar.

11.  Pelajar harus mengetahui bahawa aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata ayat untuk memperlihatkan pertauatan idea atau wacana yang sesuai dan idea yang mengikut urutan dan sebagainya amat dititikberatkan oleh pemeriksa.

12.  Pelajar harus mematuhi bilangan perkataan yang dibenarkan hanyalah 120 patah perkataan. Isi atau kesimpulan yang ditulis selepas itu tidak akan dinilai.

13.  Sekiranya pelajar menulis rumusan tidak mencukupi bilangan yang diarahkan iaitu 120 patah perkataan atau kurang daripada itu, markah tidak ditolak.



Aspek Kelemahan Pelajar dalam Penulisan Rumusan

1.     Pelajar dikenal pasti menulis semula arahan atau kata kunci soalan tanpa menukarkannya dengan perkataan lain yang bermaksud sama(sinonim).

2.     Semasa menulis isi tersurat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan.

3.     Pelajar menulis isi tersurat berulang-ulang.

4.     Pelajar bukannya menulis fakta tetapi menjadikan contoh atupun huraian sebagai isi tersurat.

5.     Semasa menulis isi tersirat, didapati pelajar menulis isi yang tidak tepat dengan dengan arahan atau kata kunci kedua dalam petikan.

6.     Pelajar boleh mengenal pasti isi tersirat berdasarkan isi tersurat yang disenaraikan dengan syarat mematuhi arahan atau kata kunci kedua di dalam petikan.

7.     Pelajar tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan (ayat berbentuk cadangan dan ayat berbentuk harapan.

8.     Pelajar menulis kesimpulan dalam rumusan dengan membina dua ayat ataupun lebih ayat.

9.     Pelajar menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan.

10.  Menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat tergantung, ayat tidak lengkap dan sebagainya.

11.  Menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.



Lihat juga : CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN




35 ulasan:

  1. sangat faham

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...sy sgt berminat utk dptkan maklumat ini.agak mudah tuk difahami...boleh sy dapatkannya?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila berikan alamat e-mel untuk dikirimkan.

      Padam
    2. Sila berikan alamat e-mel untuk dikirimkan.

      Padam
  3. farizahnuzul25 Jun, 2013 07:57

    saya berminat untuk jemput puan jadi penceramah teknik menjawab Kertas Dua SPM. Blh email no. tpn untk saya hubungi. farizahnuzul@yahoo.com. terima kasih byk2

    BalasPadam
  4. saya pelajar shah juga ingin menjemput cikgu azwira untuk berkongsi ilmu bersama kami. sekian. terima kasih banyak banyak cikgu.

    BalasPadam
  5. Cikgu ... saya sharizman , saya nak tanya , (menulis isi-isi tersurat ) , '' Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat didalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin Bulat-Bulat daripada petikan '' <-- saya tak berapa faham cikgu .. kerana setiap kali saya menjawap , soalan rumusan , saya akan menyalin semula isi-isi tersurat yang saya dapat ... Boleh cikgu jawap soalan saya ?? email facebook saya [ Goshariy@yahoo.com ] ..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum... saya seorang pelajar dan saya berminat untuk dapatkan panduan menjawab rumusan dengan lebih lanjut kerana mudah untuk difahami. E-mel saya muhdiwranrizan@yahoo.com.my

    BalasPadam
  7. Pada hari ini, cikgu saya mengatakan pendahuluan perlu menambahkan - terhadap ekonomi/politik /sosial negara di belakang pendahuluan untuk mendapat markah penuh iaitu 3 pd pendahuluan.

    Isi tersirat- tidak boleh menulis hendaklah(cadangan)....ttp perlu tulis macam ni- pihak kerajaan mengadakan....

    Sekian tu maklumat saya terima drpd cikgu saya setakat ni.Adakah ini benar? Email-mickby@hotmail.com

    BalasPadam
  8. Cikgu, benarkah sekarang ada teknik terbaru menulis perenggan isi tersurat dan tersirat iaitu setiap isi perlu ditulis dalam ayat tunggal?maknanya tiada lagi penggunaan kata hubung sebaliknya menggunakan hanya 2 penanda wacana?

    BalasPadam
  9. tolong emailkan bahan ini...ridzwan_due@yahoo.com.my...tq:)

    BalasPadam
  10. kak kalau langkah - langkah nk tukar jadi apa ya dalam rumusan

    BalasPadam
  11. saya berminat dgn panduan ni...blh kirimkan ke emel sy? punkkiss_87@yahoo.com.my

    BalasPadam
  12. salam cikgu ! saya berminat dengan contoh menjawab soalan rumusan di atas ! mohon kiranya cikgu tidak keberatan menghantar ke alamat email saya mkayz48@gmail.com. kerjasama cikgu amatlah saya hargai dan dahului dengan jutaan terima kasih .

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum w.b.t

    Terima kasih atas perkongsian. Boleh saya dapatkan nota ini untuk rujukan? Jika boleh, mohon cikgu emelkan ke fyzahcute@ymail.com

    Terima kasih

    BalasPadam
  14. cikgu, apa yg dimaksudkn dgn 'tema petikan' dlm kesimpulan tu?
    saya confuse...

    BalasPadam
  15. cikgu , saya nak .
    danieleric12112@gmail.com

    BalasPadam
  16. Cikgu.. boleh tolong kirim ke alvinshon@yahoo.com terima kasih Cikgu.. :)

    BalasPadam
  17. cikgu tolong hantar ke izuanshahrul@gmail.com

    BalasPadam
  18. assalammualaikum..
    cikgu boleh tolong kirim ke cute_akira98@yahoo.com..terima kasih cikgu ^_^

    BalasPadam
  19. assalamualaikum
    saya berminat dengan bahan ini. emelkan ke shariffhana@yahoo.com. terima kasih

    BalasPadam
  20. ASSALAMUALAIKUM..CIKGU,SAYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT INI..BOLEH TAK EMAIL KAN KEPADA SAYA ...relax_boy85@yahoo.com......terima kasih yer cikgu

    BalasPadam
  21. saya minat untuk belajar dan ingin mengambil BM JULAI tahun ini email zariffaiz79@gmail.com

    BalasPadam
  22. kandungan yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama rakan- rakan saya di sekolah yang lain. saya hendak membuat permintaan cikgu supaya dapat men- emelkan perkara di atas pada emel saya. ( lianfan@ymail.com ) kerjasama cikgu amat saya hargai. terima kasih dan assalamualaikum,

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Ckgu, saya melihat kandungan rumusan Ckgu sangat menarik dan berkesan. Kalau tiada halangan boleh tak e-melkan saya Teknik Menjawab Soalan Rumusan ini kepada e-mel saya, [abanghasdi@gmail.com]. Mudah-mudahan Cikgu dan pelajar-pelajar meraih kecemerlangan yang membanggakan. Terima kasih.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. kenapa tak boleh copy ye?

    BalasPadam
  25. Saya nak kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan di sekolah . Jika boleh saya nak minta Cikgu emelkan maklumat ini di emel saya (niexchance@yahoo.com). Terima Kasih :)

    BalasPadam
  26. cikgu boleh cikgu kirimkan maklumat ini kpd saya ....jika boleh...sila kirimkan k emel sy..najmiez_22@yahoo.com...trima kasih

    BalasPadam
  27. cikgu boleh cikgu kirimkan maklumat ini kpd saya ....jika boleh...sila kirimkan k emel sy..najmiez_22@yahoo.com...trima kasih

    BalasPadam
  28. assalammualaikum cikgu...
    boleh cikgu kirimkan ke email saye ni >>> aronkratos@yahoo.com


    terime kasih cikgu ^_^

    BalasPadam
  29. Cikgu saya berminat boleh kirimkan ke email saya ? phuaeukien@live.com
    Terima Kasih :)

    BalasPadam
  30. Mohon perkongsian... emel sya.. ramlisukurani@gmail.com

    BalasPadam
  31. terima kasih atas perkongsian yang diberikan....

    BalasPadam
  32. perkongsian yang diberikan amatlah bermakna kepada kami...untuk dijadikan panduan...

    BalasPadam
  33. kepada yang ingin mengambil nota ini sebagai rujukan, kini anda boleh "right click and copy" kerana saya telah menyahkan larangan tersebut agar dapat ilmu yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan untuk semua :)

    BalasPadam