SOALAN 3: KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN BAHASA


BENTUK SOALAN

SOALAN 3 (a) - MORFOLOGI
 Terdapat 3 bentuk soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan iaitu:
  • Membina satu ayat bagi setiap perkataan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
  • Membina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
  • Membina dua ayat bagi setiap perkataan yang diberikan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.



SOALAN 3 (b) - SINTAKSIS
Bentuk soalan yang akan ditanyakan dalam peperiksaan adalah seperti berikut:
  • Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
  • Menukarkan cakap pindak lepada ayat cakap ajuk.
  • Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
  • Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
  • Menukarkan ayat susunan biasa kepada susunan songsang
  • Menukarkan ayat susunan songsang kepada susunan biasa
  • Menentukan pola ayat
  • Menyambung ayat.
  • Memisahkan ayat.


SOALAN 3 (c) - EJAAN DAN IMBUHAN
Aspek kesalahan ejaan yang akan ditanyakan ialah:
  • persukuan kata
  • keselarasan vokal
  • kata pinjaman
  • ejaan kata terbitan
  • kata ganda
  • kata majmuk
Aspek kesalahan imbuhan yang akan ditanyakan ialah:
  • awalan kata
  • akhiran kata
  • apitan kata
  • sisipan kata

SOALAN 3 (d) - KATA, ISTILAH ATAU KESALAHAN TATABAHASA
Aspek kesalahan kata atau istilah yang akan ditanyakan ialah:
  • perbendaharaan kata
  • golongan kata
  • pemgimbuhan
  • penggandaan
  • pemajmukan
Aspek kesalahan tatabahasa merangkumi:
  • frasa
  • struktur ayat

SOALAN 3 (e) - PERIBAHASA
Bentuk soalan peribahasa terdiri daripada aspek yang berikut:
  • membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan
  • melengkapkan petikan yang diberikan berdasarkan situasi
  • mengemukakan peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan yang diberikan
Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • simpulan bahasa
  • perumpamaan 
  • perbilangan/pepatah
  • bidalan
  • slogan



1 ulasan:

  1. Terima kasih diatas ilmu dan tunjuk ajar yg diberikan..saya amat menghargainya. Sekurangnya-kurangnya di saat-saat akhir begini saya dapat memanfaatkannya..terima kasih..

    BalasPadam